[banner_0gmm.JPG]

 

 

Karya; Keris Perak.

Tarikh; 11 Julai 2007.

 

 

EPISOD KHAS SEMPENA KEMASUKAN MAHASISWA BAHARU,

SEMESTER PERTAMA 2007-2008.

 

BILA KEDUDUKAN GMM TERGUGAT,

MAKA KETIKA ITULAH GMM BERTINDAK.

 

 

 

 

Masihkah anda ingat pada 17/07/06

 

SEWAKTU...

Kemasukan Mahasiswa Baharu, GMM membuka 'kaunter kebajikan' di merata tempat di kafe kolej kediaman UPM.

RASIONALNYA...

Ingin memberikan khidmat kebajikan kepada Mahasiswa Baharu.

TAPI SEBENARNYA...

Ingin mengkaderkan Mahasiswa Baharu supaya menyertai GMM.

 

 

 

Masihkah anda ingat pada 14/08/06

 

SEWAKTU...

Penutupan Pintu Flat Sri Serdang -UPM oleh Bhgn. Keselamatan.

RASIONALNYA...

Ingin memberikan khidmat kebajikan kepada Mahasiswa Luar Kampus.

TAPI SEBENARNYA...

GMM sendiri terdesak kerana ahli-ahlinya sukar berurusan di Flat jika pintu ditutup. Majoriti ahli GMM tinggal di Old Flat & Taman Sri Serdang.

 

 

 

Kini, pada Semester 2007-2008, GMM telah menukar taktik;

 

SEWAKTU...

Kemasukan Mahasiswa Baharu, GMM memperalatkan PBTUPM dengan mengadakan kelas pengajian bahasa Mandarin & menjanjikan sijil.

RASIONALNYA...

Ingin berkongsi ilmu bahasa Mandarin kepada Mahasiswa Baharu.

TAPI SEBENARNYA...

Ingin mengkaderkan Mahasiswa Baharu supaya menyertai GMM.

 

[wong+keen+yi+-+jianyi.jpg]GMM telah memperalatkan Persatuan Bahasa Tionghua UPM (PBT) bermula pada tahun 2007. Persatuan ini juga tidak berdaftar dengan universiti. Biarpun begitu, persatuan PBTUPM ini (sebelum tahun 2006) sebenarnya adalah sebuah persatuan yang sangat harmoni. Tidak ada unsur, pengaruh dan ideologi dari GMM. Sebelum ini, persatuan PBTUPM ini bebas mengamalkan aktiviti mereka di kampus UPM. Setiap kolej kediaman harus ada satu Persatuan Bahasa Tionghua dan AJKnya.

 

Malang sekali, setelah GMM berkuasa merampas tampuk pentadbiran PBTUPM, mahasiswa enggan menyertai persatuan murni ini kerana ditakuti akan dipaksa oleh ahli GMM untuk melakukan onar dan salahlaku semasa di luar kampus.

 

 

Demi untuk mencapai matlamat mereka, GMM telah menggunakan sayap PBT iaitu Biro Kebajikan PBT untuk membuka kaunter kebajikan di dalam dan di luar kampus.

 

Kaunter Kebajikan, janji tinggal janji. GMM gagal meraih sokongan mahasiswa kerana Kaunter Kebajikan tidak berkesan dalam mendapatkan ahli baru di kalangan mahasiswa baharu.

 

 

 

[102_9013.jpg]Pernahkah GMM membela kebajikan mahasiswa dari segi pinjaman? Masalah pendaftaran kursus? Sistem P.A.?

 

TIDAK. Persatuan haram GMM ini hanya mahu mencari pengaruh semata-mata. Mereka hanya menggunakan isu kebajikan mahasiswa hanyalah untuk memancing simpati daripada mahasiswa, terutamanya mahasiswa baharu yang masih mentah tentang dunia politik kampus. FIKIRKANLAH BERSAMA....

 

Ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti GMM dalam menentang dasar universiti dan mengutuk kerajaan? Sila klik di sini.

 

 

 

 

Anda Mahasiswa UPM?

 

Anda mempunyai masalah di dalam kampus?

Pengangkutan? Meal Plan? Harga Makanan? Sistem akademik? Yuran? Kemudahan kolej kediaman?

Sila adukan masalah anda kepada kami. Kami boleh membantu anda.

Emailkan aduan anda ke mahasiswaupm@yahoo.com

 

Kerana kami ada cara!

P/S; Add kami ke dalam .

Friendster anda dengan email ini! .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kembali ke Halaman Utama Mahasiswa-UPM